Saturday, July 12, 2014

kecergasan kesejahteraan, kecergasan berlandaskan kesihatan dan lokomotor


A.        KONSEP KECERGASAN KESELURUHAN ATAU KESEJAHTERAAN
Merupakan integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal, dan
rohani. Pelajar yang cergas akan :
(i)         Membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada
            masyarakat.
(ii)        Mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

B.        Kecergasan Fizikal
Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal seharian dan menggunakan masa lapang dgn lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

C.        Kecergasan Mental
Keupayaan individu untuk berfikir dengan menggunakan maklumat bagi meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

D.        Kecergasan Sosial
Keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

E.        Kecergasan Emosi
Keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik

F.         Kecergasan Rohani
Keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif


1.         Definisi Kecergasan Fizikal

Secara umumnya, kecergasan fizikal bermaksud kemampuan anda menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa lesu. Pelajar yang cergas fizikal mampu melakukan perkara yang berikut:
(i) Boleh melakukan kerja atau tugas sepanjang hari tanpa kelesuan.
(ii) Boleh mengambil bahagian dalam kegiatan fizikal dan rekreasi tanpa  
     keletihan yang berlebihan.
(iii) Berupaya menghadapi keadaan kecemasan.


Berdasarkan maklumat di atas maka anda menyedari akan terdapatnya perbezaan tahap kecergasan fizikal bagi setiap individu. Mereka yang kerap menggunakan anggota tubuh badan dalam melakukan kerja seharian mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tidak sama jika dibandingkan dengan seorang jurutaip yang hanya menggerakkan jari sahaja menjalankan tugas harian. Begitu juga dengan seorang ahli sukan jika dibandingkan dengan seorang guru yang mengajar pelajaran pendidikan jasmani di sekolah. Ahli sukan memerlukan kuasa otot yang tinggi,untuk bergerak pantas, ketangkasan dan kelembutan agar beliau boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar. Daya tahan seseorang atlet perlu berada pada tahap yang optima agar aktiviti yang dilakukan perlu berada pada tahap yang optima agar aktiviti yang dilakukan bertahan pada satu jangka waktu yang panjang.

Kecergasan boleh dibahagi kepada dua iaitu:
(a) Kecergasan yang berlandaskan perlakuan motor.
(b) Kecergasan yang berlandaskan kesihatan.



2.         Komponen Kecergasan Fizikal Berdasarkan Lakuan Motor
2.1.      Fleksibiliti
-    Membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan
     rintangan yang minimum.
-       Dirujuk kepada julat pergerakan sendi.
2.2.      Kekuatan otot
-    Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bg menghasilkan daya     
     @ kerja.

2.3.      Daya tahan otot
Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan dan sederhana

2.4.      Kelajuan (Speed)
-   Adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang
    singkat.
-       Dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangkamasa yang diberi.

2.5.      Ketangkasan (Agility)
-       Adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.
-        
3.         Komponen Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan
3.1.      Komposisi badan atau kandungan lemak
-  Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang       rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.
-     Merupakan relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.
3.2.      Daya tahanan kardiovaskular
Merupakan keupayaan sistem kardio respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan dan sederhana.

3.3.      Kuasa (Power)
-  Adalah keupayaan utk memindahkan tenaga kepada daya secara  eksplosif.
-    Dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.

3.4.      Imbangan (Balance)
Adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dgn teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

3.5.      Masa reaksi (Reaction time)
Adalah masa yg diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

3.6.      Koordinasi (Coordination)
Adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan utk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.


Wednesday, July 9, 2014

Kebaikkan memanaskan badan dan cooling down

KEBAIKAN MEMANASKAN DAN MENYEJUKAN BADAN                                                                                          
a.         MEMANASKAN BADAN
I.          Meningkatkan suhu badan
Otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih           luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan   otot.

II.         Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen          dan glukosa  untuk menghasilkan tenaga.

III.        Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.

IV.        Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan berfungsi dengan lebih berkesan.

V.         Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

VI.        Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga

b.         KEBAIKAN MENYEJUKKAN BADAN             
I.          Asid laktik yang terkumpul semasa aktiviti fizikal dapat diuraikan dalam otot dan organ-organ lain.
II.         Mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalan otot, tendon dan ligamen kerana suhu  dalaman adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal               utama.
III         Mempercepatkan kembalian darah ke jantung.
IV         Mengelakkan ‘blood pooling’


Tuesday, July 8, 2014

samb..PRO FORMA KURSUS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

BIL
TAJUK
KANDUNGAN
JAM
1
Konsep Kesihatan  dan Kecergasan
 Diri 
1.1   Definisi  kesihatan diri
·         Konsep kesihatan menyeluruh
·         Hubungan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup





3







1.2  Dimensi kesihatan dan kesejahteraan
·         Emosi-mental
·         Intelek
·         Fizikal
·         Sosial
·         Spiritual
1.3  Definisi dan dimensi kecergasan
·         Definisi kecergasan fizikal
·         Komponen kecergasan fizikal berkaitan kesihatan
-     Daya tahan kardiovaskular
-     Kekuatan otot
-     Daya tahan otot
-     Fleksibiliti
-     Komposisi tubuh
·         Konsep kecergasan menyeluruh

2
1.4  Pengurusan diri dan gaya hidup yang
berkualiti
·       Peringkat pengurusan diri
-     Tindakan tidak mahu berubah            
-     Bercadang untuk berubah
-     Bersedia untuk mengubah gaya hidup
-     Mengambil tindakan untuk berubah
-     Mengekal perubahan sebagai amalan
     2

1.5    Isu dan persepsi kesihatan masa kini
·         Produk kesihatan
·         Promosi peralatan
·         Premis perniagaan
·         Pusat rawatan komersial

2



















1.6   Aktiviti fizikal dan perubahan fisiologi tubuh badan
·         Piramid aktiviti fizikal
·         Indikator kecergasan
·         Mengesan perubahan fisiologi
·         Kesan jangka panjang perubahan fisiologi    



2
1.7    Pemantauan kecergasan diri
·         Lokasi nadi
·         Perubahan denyutan nadi
·         Tekanan sistolik dan distolik

2

2

Pendekatan Amalan  Gaya Hidup Sihat  Melalui Aktiviti Fizikal















2.1  Kesan positif amalan aktiviti fizikal
·         Mengelak penyakit hipokinetik
·         Mengurangkan penyakit berkaitan jantung
·         Mengurangkan risiko antherosclerosis
·         Melambatkan proses penuaan
2


2.2  Kadar aktiviti fizikal yang diperlukan
·           Jenis aktiviti
·           Kalori yang diguna
·           Jangkamasa aktiviti
2



   
2.3  Aktiviti fizikal yang boleh diamalkan
       sepanjang hayat
·           Hobi
·           Riadah
·           Rekreasi
·           Kebajikan
2
3
Faktor  Yang  Mempengaruhi  Kesihatan,  Kecergasan dan Kesejahteraan Diri









3.1  Faktor yang mempengaruhi kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan diri
·         Baka
·         Umur
·         Ketidakupayaan fizikal
·         Perkhidmatan kesihatan
·         Persekitaran
·         Tingkahlaku

2





3.2  Pemakanan dan pengambilan diet
       seimbang
·         Piramid makanan
·         Kepentingan elektrolit
·         Pengiraan penggunaan kalori asas

2



3.3  Tingkahlaku  berisiko yang mempengaruhi
        kesihatan,kecergasan dan kesejahteraan
        diri
·         Merokok
·         Pengambilan alcohol
·         Penyalahgunaan bahan
·         Pergaulan bebas


2
3.4  Pengurusan emosi dan stress
·            Diagnosis kecergasan emosi
·            Pengurusan stress
·            Terapi stress    

2
4
Aktiviti Peningkatan  Kecergasan Fizikal
4.1  Piramid aktiviti fizikal
·        Aras 1 -  Aktiviti fizikal harian
·        Aras 2 -  Aktiviti aktif
·        Aras 3 -  Aktiviti kekuatan
                   daya tahan, fleksibiliti, dan
·        Aras 4 - Rehat atau tidak aktif
2






4.2  Persediaan diri untuk bersenam
·         Status kesihatan diri
·         Pakaian yang sesuai
·         Aspek keselamatan yang perlu
·         Pemilihan aktiviti yang sesuai
·         Aktiviti memanaskan badan

2




4.3  Prinsip latihan aktiviti fizikal   
·         Prinsip FITT
   - Frekuensi
   - Intensiti
   - Time
   - Type
2
4.4  Indikator kepada kecergasan diri
·            Kadar nadi pulihan yang cepat
·           Kadar nadi rehat semakin rendah
·           Perbezaan kadar nadi senaman


2

5
Perancangan Program Latihan Untuk Kekalkan Kecergasan Diri
5.1  Merancang program latihan peribadi
·         Mengenal pasti keperluan
·         Matlamat dan sasaran latihan
·         Prinsip FITT
·         Program latihan
·         Pengurusan data dan rekod latihan
4
6
Penilaian Kecergasan Diri
6.1  Menilai tahap kesihatan peribadi dalam 
       komponen kecergasan diri
·         Kecergasan kardiovaskular
·         Kekuatan otot
·         Dayatahan otot
·         Kelenturan
·         Komposisi tubuh badan
6.2  Laporan ringkas makmal
4







6.3  Ujian kecergasan pra dan pos
2
Jumlah
45 Jam