1. UJIAN KECERGASAN
Dalam usaha untuk
meningkatkan kecergasan individu adalah perlu jurulatih mengenal
pasti beberapa bateri
ujian yang boleh dilaksanakan. Dengan kaedah ini atlet akan lebih
bermotivasi dan menyedari
tentang tahap kecergasan fizikal mereka yang terkini.
2. UJIAN KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN
2.1. Larian 2.4km
Larian 2.4 merupakan salah satu bateri ujian
bagi mengukur daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular ialah
keupayaan sistem kardiovaskular mengedarkan darah beroksigen ke otot-otot
secara berterusan dalam tempoh masa yang panjang semasa melakukan aktiviti
fizikal. Daya tahan kardiovaskular adalah komponen asas yang terpenting dalam
kecergasan fizikal. Ujian larian 2.4km ini tidak menggunakan banyak alat. Ia
hanya memerlukan satu kawasan balapan, jam randik dan wisel. Sebelum memulakan
ujian peserta-peserta harus mengetahui keadaan fizikal mereka.
Prosedur
Ujian
Topik
: Larian 2.4 km
Objektif : Mengukur daya tahan
kardiovaskular
Kemudahan/Alatan
:
Balapan (400m, 200m), jam randik, wisel
Arahan/Penerangan
:
(i) Lakukan aktiviti memanaskan badan.
(ii) Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila isyarat
di beri iaitu wisel dibunyikan, peserta mula berlari mengikut keupayaan
masing-masing.
(iii) Setiap peserta dikehendaki menamatkan larian sebanyak 2.4 km.
Pembantu akan mencatatkan masa yang dibuat oleh peserta pada akhir larian.
Skor :
Skor yang diperolehi ialah jumlah masa yang diambil untuk menghabiskan larian
2.4 km
2.2. Tekan Tubi Tanpa Henti
Ujian
tekan tubi tanpa henti merupakan ujian yang boleh dilakukan untuk menguji
komponen daya tahan otot. Daya tahan otot
ialah keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan pergerakan atau kerja
berulang kali dalam tempoh masa yang panjang tanpa cepat rasa letih. Dalam
ujian tekan tubi tanpa henti, berat tubuh badan adalah beban yang harus diatasi sewaktu melakukan aktiviti tersebut.
Kebiasaannya individu yang tegap berupaya melakukan kerja dalam tempoh masa
yang lebih lama jika dibandingkan dengan individu yang lemah anggota tubuh
badannya. Kelemahan dari segi daya tahan dan kekuatan otot boleh diatasi
sekiranya individu itu berlatih dengan cara menggunakan prinsip lebihan
bebanan. Otot yang kuat dapat menampung beban kerja yang berat.
Prosedur Ujian
Jenis ujian :
Ujian tekan tubi tanpa henti
Objektif :
Mengukur kekuatan dan daya tahan otot lengan, otot bahu,
dan otot bahagian belakang.
Kemudahan/Alatan :
Tilam, lantai
Arahan/Penerangan :
(i) Pelaku dalam keadaan tertiarap dengan
kedua belah tangan keluar dari paras bahu dan jari-jari tangan menghala ke
hadapan. Pelaku Lelaki - kedua belah kaki di atas lantai dengan keadaan
belakang yang sentiasa lurus. Pelaku Wanita - kedua belah lutut berada di atas
lantai, kaki bengkok di bahagian lutut (menampung berat badan) dengan keadaan
bahagian belakang badan yang sentiasa lurus.
(ii)
Pelaku bermula dengan tangan dan
badan berkeadaan lurus. Kemudian badan direndahkan sehingga dada menyentuh
tilam atau lantai sementara siku lengan dalam keadaan bengkok. Selepas itu,
siku diluruskan
disamping itu badan pula
ditolak naik. Senaman ini diulang seberapa yang terdaya.
Skor :
Bilangan yang betul dikira sebagai skor sah. Ulangan tidak dikira sekiranya
pelaku berhenti rehat ataupun dada tidak menyentuh tilam atau lantai dan siku
pelaku tidak diluruskan semasa membuat tolakan. Ujian dibuat sebanyak tiga kali
dan skor yang terbaik akan diambil kira.
Gred : Gred yang diterima adalah
seperti jadual di bawah:
2.3.
Indeks Jisim Badan
Indeks Jisim Badan merupakan satu ukuran yang
memberi gambaran kepada komposisi badan seseorang individu. Komposisi tubuh
badan merujuk kepada peratus berat badan yang mengandungi lemak berbanding
dengan tisu badan yang lain seperti tulang dan otot. Indeks Jisim Badan ini membandingkan
berat badan dengan ketinggian individu. Indeks jisim badan boleh dikira
menggunakan formula di bawah:
Prosedur Ujian
Nama Ujian : Indeks jisim badan
Objektif : Mengetahui klasifikasi
kandungan lemak dalam badan
Kemudahan/Alatan : Mesin
penimbang, pita pengukur
Arahan/Penerangan :
1. Pengukuran berat badan
(i) Berdiri
tegak di atas mesin penimbang (tanpa kasut)
(ii) Mata
pandang ke hadapan
(iii) Berat
badan di atas kedua-dua kaki
(iv) Bacaan
diambil pada kg.
2. Pengukuran ketinggian
(i) Berdiri
tegak dan mata pandang ke hadapan
(ii) Bahagian
belakang badan sentuh rod pengukur atau dinding.
(iii)
Pelaras ukuran menekan rambut pada
kepala.Bacaan diambil pada unit meter
Gred : Gred yang diterima adalah
berdasarkan seperti jadual di bawah.
2.4. Jangkauan Melunjur
Jangkauan melunjur merupakan
satu ujian yang dilakukan bagi mengukur kelenturan atau fleksibiliti seseorang
individu. Kelenturan atau fleksibiliti merujuk kepada keupayaan otot, sendi,
tendon dan ligamen untuk melakukan pergerakan dengan licin pada julat pergerakan
yang maksimum.
Ujian jangkauan melunjur ini
diperkenalkan oleh Curefon pada tahun 1941. Kemudian Mccloy mengubahsuai
cara-cara membuat skor ujian curefon yang mutlak dan berorientasikan
prestasi kepada yang lebih berkaitan dengan segmen anggota badan
lain.Kelenturan/fleksibiliti amat penting untuk melakukan sebarang aktiviti
sukan dengan baik terutamanya gimnastik, renang, sukan terjun dan sebagainya.
Prosedur Ujian
Jenis ujian :
Ujian jangkauan melunjur
Objektif :
Ujian ini dapat menguji tahap kelenturan seseorang
individu
Kemudahan/Peralatan :
Bangku gimnastik, pembaris meter/inci
Arahan /Penerangan :
(i) Peserta
duduk di atas lantai dengan keadaan berlunjur.
(ii) Tangan
dan kaki dalam keadaan lurus dan dirapatkan.
(iii) Pembaris
diletakkan di hadapan
(iv) Peserta
membuat tiga kali cubaan jangkauan.
(v)
Percubaan yang terbaik dikira sebagai skor.
Gred
:
Gred diberi mengikut jadual yang dicatat di bawah.
2.5. Lompat
Jauh Berdiri
Ujian lompat jauh berdiri
digunakan untuk menguji kekuatan otot individu. Kekuatan otot merujuk kepada
keupayaan otot untuk mengatasi rintangan atau bebanan yang dikenakan ke
atasnya.
Prosedur Ujian
Jenis ujian
:
Ujian lompat jauh berdiri
Objektif : Mengukur kuasa pada bahagian kaki semasa
melompat ke
hadapan dari kedudukan statik.
Kemudahan/Alatan :
Pita pengukur, pembaris, kad skor
Arahan/Penerangan :
(i) Peserta berdiri di belakang garisan
dengan keadaan kaki dibuka seluas bahu.
(ii)
Peserta bersedia untuk melompat ke
hadapan dengan menghayun tangan ke belakang dan lutut membengkok 90 darjah.
(iii) Lompat dengan menggunakan kedua-dua
belah kaki seberapa jauh yang boleh ke hadapan.
(iv) Percubaan tidak akan dikira jika peserta
tidak dapat mengimbangkan badan dan jatuh ke belakang serta menyentuh kawasan
di belakang kaki. Ulang semula lompatan tersebut.
(iv) Peserta
diberi percubaan sebanyak tiga kali.
vi) Ukuran dibuat dari garisan permulaan ke
tempat bahagian tumit yang terdekat sekali mendarat. Jarak terbaik daripada
tiga percubaan diambil kira sebagai skor mutlak.
3. UJIAN KECERGASAN
BERLANDASKAN PERLAKUAN
MOTOR
Bateri ujian dalam bahagian ini adalah untuk
mengukur komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor.
Komponen-komponen kecergasan berlandaskan
kemahiran motor adalah seperti berikut:
3. .1.
Lari Pecut 30m
Ujian lari pecut 30m digunakan untuk menguji
komponen kelajuan. Kelajuan merujuk kepada kemampuan seseorang individu untuk
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam masa yang singkat.
Prosedur
ujian
Jenis
ujian : Ujian lari pecut 30 m
Objektif
: Mengukur prestasi
kepantasan berlari.
Kemudahan/Alatan
:
Jam randik, wisel, trek larian
Arahan/Penerangan
:
(i) Setiap peserta melakukan ujian secara berpasangan. Salah
seorang akan melakukan ujian dan seorang lagi akan membantu.
(ii) Peserta bermula dengan berdiri di
belakang garisan permulaan.
(iii)
Pelepas akan menggunakan kaedah ‘ke garisan,
sedia dan mula’.
(iv) Selepas wisel ditiup, peserta akan berlari sejauh 30 m dengan
secepat yang boleh dan masa akan di catatkan.
(v) Dua percubaan diberikan dengan rehat selama 5 minit.Masa yang
terpantas diambil kira.
(vi)
Ulang ujian ini dengan menukar
aktiviti pasangan.
Skor : Skor dikira berdasarkan
masa yang terpantas diperoleh daripada satu percubaan.
3.2. Lari
Ulang-alik 10m
Ujian lari ulang alik 10m
digunakan untuk menguji komponen ketangkasan seseorang individu. Ketangkasan
merujuk keupayaan seseorang individu melakukan pergerakan berturutan atau
mengubah kedudukan badan dengan cepat di samping dapat mengawal pergerakan.
Ujian ini bertujuan untuk menguji kepantasan, ketangkasan dan koordinasi individu.
Prosedur Ujian
Jenis ujian
: Lari ulang alik 10 m
Objektif : Menguji kepantasan,
ketangkasan dan koordinasi
Kemudahan/Alatan :
Pita ukur, pita pelekat, blok kayu (10cm x 5cm x 5cm), jam
randik, wisel.
Arahan/Penerangan :
(i) Peserta berdiri di belakang garisan
permulaan. Apabila wisel dibunyikan,
peserta
lari ke garisan 10 m.
(ii) Satu blok kayu dikutip dan peserta berlari
balik ke garisan permulaan.
(iii) Blok kayu diletakkan di belakang garisan
permulaan dan peserta lari semula ke garisan 10m.
(iv)
Blok kayu yang kedua dikutip dan peserta
berlari melintasi garisan penamat.
(v) Rehat
diberi selama beberapa minit.
(vi) Peserta
diberi percubaan yang kedua.
(vii) Masa yang
lebih pantas akan diambil.
Gred : Gred yang diterima adalah
berdasarkan seperti jadual yang disenaraikan
di bawah.
3.3. Mengelecek
Bola Keranjang
Ujian mengelecek bola
keranjang digunakan untuk menguji komponen koordinasi seseorang individu.
Koordinasi merujuk keupayaan seseorang individu menyelaraskan anggota badan
semasa membuat sesuatu pergerakan atau pekerjaan dengan sempurna dan selamat.
Koordinasi juga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan sistem motor yang berasingan
untuk bergabung bagi menghasilkan corak pergerakan yang berkesan.
Prosedur Ujian
Topik :
Menggelecek bola keranjang
Objektif
: Mengukur prestasi
koordinasi mata dan tangan dalam
lakuan motor.
Kemudahan/Alatan :
Jam randik, bola keranjang, enam buah kun, pita pengukur
dan pita penanda.
Arahan/Penerangan :
(i) Keenam-enam kun diletakkan dalam satu
garisan lurus 45 kaki. Kun yang pertama diletakkan sejarak 5 kaki dari garisan
permulaan dan selebihnya diletakkan sejarak 8 kaki setiap satu.
(ii)
Peserta akan mengelecek bola
keranjang mengelilingi setiap kun dan berpatah balik dengan cara yang sama sehingga
ke garisan permulaan.
(iii) Peserta
dikehendaki mula mengelecek dari sebelah kanan kun yang
pertama kemudian sebelah kiri kun yang kedua
dan seterusnya.
(iv) Arahan
‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada peserta untuk melakukan
ujian.
3.4. Lompat
Kuadran
Ujian lompat kuadran
digunakan untuk mengukur komponen masa tindak balas seseorang individu. Masa
tindak balas merujuk kepada keupayaan seseorang individu bertindak balas
terhadap rangsangan dalam jangka masa yang singkat.
Prosedur Ujian
Jenis Ujian : Lompat kuadran
Objektif
:
Mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi badan
dengan cepat berdasarkan arahan lompatan.
Kemudahan/Alatan :
Gelanggang bersimen yang mempunyai keluasan yang
mencukupi
(sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar), jam randik dan pita
penanda.
Arahan/Penerangan :
(i) Peserta
berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang
disediakan.
(ii) Petak
kuadran ditandakan dengan nombor 1,2,3 dan 4.
(iii)
Peserta dikehendaki melompat kedua
belah kaki ke dalam petak mengikut urutan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam masa 10
saat.
(iv)
Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan
kepada peserta untuk melompat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran
pertama, kemudian kedua, ketiga, keempat dan balik semula ke petak pertama.
(v) Kekalkan
corak lompatan begini sehingga arahan ‘berhenti’ diberikan.
Skor :
Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki
dalam petak yang betul dalam masa 10 saat.
3.5. Dirian
Bangau
Ujian dirian bangau digunakan
untuk mengukur komponen imbangan statik seseorang individu. Imbangan ialah
keupayaan seseorang mengekalkan kedudukan badan sama ada sewaktu bergerak
ataupun tidak. Imbangan adalah komponen penting bagi tindak balas motor yang
berkesan. Dalam sesetengah kedudukan, keseimbangan juga dipengaruhi
oleh kekuatan badan. Jika
otot yang menyokong tidak mampu menanggung berat badan atau sebahagian badan
maka keseimbangan akan menjadi terhad. Imbangan terbahagi kepada dua iaitu
imbangan statik dan imbangan dinamik. Imbangan statik merujuk kepada keupayaan
untuk mengekalkan keseimbangan ketika kedudukan badan berada dalam keadaan
tetap dan tidak berubah. Bagi mengekalkan keseimbangan
statik,
pusat graviti mestilah berada di atas tapak sokongan.
Prosedur Ujian
Jenis ujian : Dirian
bangau
Objektif
: Mengukur imbangan statik
semasa berdiri sebelah kaki
pada papan imbangan.
Kemudahan/Alatan :
Papan imbangan dan jam randik.
Arahan/Penerangan :
(i) Papan
imbangan diletak di atas lantai.
(ii) Peserta meletakkan kaki yang dominan di
tengah-tengah papan imbangan dan sebelah kakinya di atas lantai.
(iii) Bacaan
masa dimulakan apabila kaki di atas lantai diangkat.
(iv) Bacaan
masa akan tamat apabila kaki yang diangkat mencecah semula
ke
lantai.
Gred
:
Gred yang diberi berdasarkan jadual di bawah.
3.6. Hand
Grip Dynamometer
Salah satu ujian yang boleh
digunakan untuk mengukur komponen kuasa seseorang individu ialah ujian hand
grip dynamometer. Kuasa merujuk keupayaan otot menghasilkan daya yang
maksimum untuk melakukan sesuatu pada masa yang singkat.
Prosedur Ujian
Topik : Handgrip
dynamometer
Objektif :
Mengukur kekuatan otot tangan
Kemudahan/Alatan
: Hand
dynamometer
Arahan/Penerangan
:
(i) Pelaku
berdiri tegak dan memandang ke hadapan.
(ii) Cekak
dynamometer dengan selesa.
(iii) Permukaan
meter bacaan/penunjuk menghadap penguji.
(iv)
Memegang/mencekak dynamometer dengan
keadaan tangan yang lurus ke bawah.
(v) Cekak dengan sekuat hati yang mampu
(tanpa menghayunkan tangan atau menggerakkan anggota pbadan lain secara
keterlaluan).
(vi) Cekakkan hendaklah dilakukan pada kadar satu lakuan.
Skor
:
Bacaan yang terbaik di ambil dan skalanya dibaca dalam unit