Pengiraan Kadar Nadi Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira
denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan
keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan
ibu jari atau dibahagian bawah telinga.i. Carotid Arteryii. Radial ArteryKadar Nadi Rehat (KNR)Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak
melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada
waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut
selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan
sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah
dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.Contoh:-12
denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.Kadar Nadi Maksimum (KNM)Kadar
nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah
ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula.Contoh:- Umur
subjek ialah 33 tahun. KNM = 220
– 33 = 187 dsm.
Kadar Nadi Latihan (KNL)
Setelah
mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)
Contoh
:-
KNM = 220 – 33(umur)
= 187
dsm
KNR = 12(denyutan untuk sepuluh
saat) x 6
= 72
dsm.
KNL = KNM
– KNR
= 187
– 72
= 115
dsm.
Kadar Nadi Sasaran (KNS)
Untuk
mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula
ini.
Contoh
:-
(KNM – KNR) x 0.6 + KNR
= (187 - 72) x 0.6 + 72
= (115) x 0.6 + 72
= 69 +72
= 141 dsm
No comments:
Post a Comment