A. KONSEP
KECERGASAN KESELURUHAN ATAU KESEJAHTERAAN
Merupakan
integrasi komponen-komponen mental,
sosial, emosi, fizikal, dan
rohani. Pelajar yang cergas akan :
(i) Membolehkan
individu memberi sumbangan yang bermakna kepada
masyarakat.
(ii) Mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan
serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.
B. Kecergasan
Fizikal
Keupayaan individu untuk berfungsi secara
berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal seharian dan menggunakan
masa lapang dgn lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan
kecemasan.
C. Kecergasan Mental
Keupayaan individu untuk berfikir dengan
menggunakan maklumat bagi meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi
secara optimal.
D. Kecergasan Sosial
Keupayaan individu untuk berinteraksi dengan
orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan
kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
E. Kecergasan Emosi
Keupayaan individu menangani kehidupan harian
serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik
F. Kecergasan Rohani
Keupayaan individu untuk membentuk satu
sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan
melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif
1. Definisi Kecergasan Fizikal
Secara umumnya, kecergasan
fizikal bermaksud kemampuan anda menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan
bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa lesu.
Pelajar yang cergas fizikal mampu melakukan perkara yang berikut:
(i) Boleh melakukan kerja atau tugas sepanjang hari tanpa
kelesuan.
(ii) Boleh mengambil
bahagian dalam kegiatan fizikal dan rekreasi tanpa
keletihan yang berlebihan.
(iii) Berupaya menghadapi keadaan kecemasan.
Berdasarkan maklumat di atas
maka anda menyedari akan terdapatnya perbezaan tahap kecergasan fizikal bagi
setiap individu. Mereka yang kerap menggunakan anggota tubuh badan dalam
melakukan kerja seharian mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tidak sama
jika dibandingkan dengan seorang jurutaip yang hanya menggerakkan jari sahaja
menjalankan tugas harian. Begitu juga dengan seorang ahli sukan jika
dibandingkan dengan seorang guru yang mengajar pelajaran pendidikan jasmani di
sekolah. Ahli sukan memerlukan kuasa otot yang tinggi,untuk bergerak pantas,
ketangkasan dan kelembutan agar beliau boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang
mencabar. Daya tahan seseorang atlet perlu berada pada tahap yang optima agar
aktiviti yang dilakukan perlu berada pada tahap yang optima agar aktiviti yang
dilakukan bertahan pada satu jangka waktu yang panjang.
Kecergasan boleh dibahagi kepada dua iaitu:
(a) Kecergasan yang berlandaskan perlakuan motor.
(b) Kecergasan yang berlandaskan kesihatan.
2. Komponen Kecergasan Fizikal Berdasarkan
Lakuan Motor
2.1. Fleksibiliti
- Membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak
dengan licin dengan
rintangan yang minimum.
-
Dirujuk
kepada julat pergerakan sendi.
2.2. Kekuatan
otot
- Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bg
menghasilkan daya
@ kerja.
2.3. Daya
tahan otot
Keupayaan otot untuk
melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu
jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan dan sederhana
2.4. Kelajuan
(Speed)
- Adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan
dalam masa yang
singkat.
-
Dirujuk
kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangkamasa yang diberi.
2.5. Ketangkasan (Agility)
-
Adalah
keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan
tepat.
-
3. Komponen
Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan
3.1. Komposisi badan atau kandungan lemak
- Individu yang cergas mempunyai peratus
kandungan lemak yang rendah,
berkadar dengan berat badan dan ketinggian.
- Merupakan relatif otot, lemak, tulang dan
tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.
3.2. Daya tahanan kardiovaskular
Merupakan keupayaan
sistem kardio respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama
dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan dan sederhana.
3.3. Kuasa
(Power)
- Adalah keupayaan utk memindahkan tenaga
kepada daya secara eksplosif.
- Dirujuk kepada gabungan kekuatan dan
kelajuan pergerakan.
3.4. Imbangan
(Balance)
Adalah keupayaan untuk
mengekalkan kedudukan badan dgn teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik)
atau semasa pegun (statik).
3.5. Masa reaksi (Reaction time)
Adalah masa yg diambil oleh
seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
3.6. Koordinasi
(Coordination)
Adalah kebolehan menyelaras
dan menyeragamkan pergerakan anggota badan utk menghasilkan sesuatu tindakan
tertentu.
No comments:
Post a Comment