Saturday, July 12, 2014

Program Kesihatan sekolah


TAJUK  1
-      PROGRAM-KESIHATAN SEKOLAH
-      PENDEKATAN BERSEPADU

1.         Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
Kewujudan Program adalah berdasarkan rasional berikut:
a.            Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dan komitmen dalam kalangan warga sekolah.
b.            Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu program bersepadu.
c.            Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.
d.            Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan.
e.            Program yang terancang dan bersepadu adalah suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan.
f.             Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) perlu dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah. Program ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

1.2.      Matlamat PBSS

Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Untuk merealisasikan matlamat ini adalah lebih mudah dan berkesan ketika masih kanak-kanak lagi kerana mereka boleh dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang positif ibarat "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tambahan pula, kanak kanak sekolah adalah "captive audience" yang mudah dipengaruhi.

1.2.1.   Objektif PBSS
Objektif PBSS adalah:
a.    Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.
b.    Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat.
c.    Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah.
d.    Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
e.    Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.
                              i.        Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:
                             ii.        Menilai taraf kesihatan murid.
                            iii.        Memberi khidmat rawatan dan rujukan.
                           iv.        Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid.
                            v.        Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah.
                           vi.        Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
                          vii.        Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.



1.3.      Kepentingan Kesihatan Sekolah Dalam Beberapa Konteks
Kesihatan adalah disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu:
a.    Individu;
b.    Keluarga; dan
c.    Komuniti.
Kerjasama antara masyarakat (individu, keluarga dan komuniti) dan sekolah menggalakkan penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti kesihatan melalui PIBG, JKKK, Persatuan-persatuan, Jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan. Kerjasama tersebut membolehkan beberapa tindakan yang berfaedah seperti berikut:
a.    Pemeliharaan Persekitaran
                              i.        Kawalan pembiakan vektor;
                             ii.        Pembuangan sampah dan saliran air limbah yang sempurna; dan
                            iii.        Kawasan yang cantik, bersih, selesa dan selamat.
b.    Struktur Fizikal
                              i.        Lokasi yang sesuai;
                             ii.        Bangunan yang selamat;
                            iii.        Pengudaraan yang sempurna;
                           iv.        Pencahayaan yang cukup; dan
                            v.        Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang sesuai dan menyediakan bilik rawatan yang sesuai.
c.    Kerjasama antara Masyarakat dan Sekolah
Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat. Ia merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini, sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya terhadap masyarakat dan begitulah sebaliknya, iaitu apakah yang masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah. Kerjasama meliputi:
                              i.        Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan;
                             ii.        Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi; dan
                            iii.        Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna (rujuk Rajah 1.2).


1.4.      Pendekatan Bersepadu
Enam teras utama PBSS diwujudkan satu pendekatan bersepadu antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:
a.         Polisi Kesihatan Sekolah;
b.         Persekitaran Fizikal Sekolah;
c.         Persekitaran Sosial Sekolah;
d.         Penglibatan Komuniti;
e          Kemahiran Kesihatan Diri; dan
f.          Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.


1.4.1 Polisi Kesihatan Sekolah
Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai:
Polisi Kesihatan Sekolah bertujuan untuk:
a.    Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar.
b.    Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan.
Beberapa polisi yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan keperluan sekolah ialah:
a.    Polisi keselamatan makanan di kantin sekolah;
b.    Polisi pertolongan cemas;
c.    Polisi keselamatan sekolah;
d.    Polisi kawalan penyakit;
e.    Polisi persekitaran fizikal sekolah;
f.     Polisi persekitaran sosial sekolah;
g.    Polisi pendidikan kesihatan; dan
h.    Polisi peranan warga sekolah dan masyarakat.
Polisi-polisi yang dilaksanakan perlu dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa.


No comments:

Post a Comment