Wednesday, July 9, 2014

Kebaikkan memanaskan badan dan cooling down

KEBAIKAN MEMANASKAN DAN MENYEJUKAN BADAN                                                                                          
a.         MEMANASKAN BADAN
I.          Meningkatkan suhu badan
Otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih           luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan   otot.

II.         Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen          dan glukosa  untuk menghasilkan tenaga.

III.        Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.

IV.        Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan berfungsi dengan lebih berkesan.

V.         Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.

VI.        Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga

b.         KEBAIKAN MENYEJUKKAN BADAN             
I.          Asid laktik yang terkumpul semasa aktiviti fizikal dapat diuraikan dalam otot dan organ-organ lain.
II.         Mengurangkan kelesuan otot dan meningkatkan keanjalan otot, tendon dan ligamen kerana suhu  dalaman adalah tinggi sebaik sahaja aktiviti fizikal               utama.
III         Mempercepatkan kembalian darah ke jantung.
IV         Mengelakkan ‘blood pooling’


No comments:

Post a Comment